Social Icons

Featured Posts

Wednesday, September 11, 2013

CERITERA CINTA ESP

Musim hujan telah kembali. Ditempat saya ini sudah 3 hari hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah bumi ini sejuk kembali setelah sekian lama panas membahang. Hujan-hujan ni bagus juga kalau kite bercerita tentang kisah cinta. Bukan la sad love story yang biase kite tengok dari filem-filem korea tu. Tetapi kisah satu produk supplement hot yang sekarang ni semua orang tahu iaitu ESP.


SET KOMBINASI ESP 
Memang simple je set ni ade 2 item sahaja tetapi pelbagai khasiat yang berlainan dapat kita perolehi


A:ESP + OsteMatrix: sakit kepala/mengurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.

B:ESP + Performance Drink: kekal bertenaga ketika berpuasa dan sesuai extreme activities

C:milk booster/membentuk tubuh agar lebih nampak solid

D:ESP + Vita-Lea Iron Formula: kesihatan optimum.
multivitamin lengkap bersama protein tinggi.

E:ESP + Zinc Complex: membantu sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.

F:ESP + GLA Complex: membantu pasangan untuk kehamilan dan kesuburan.

G: ESP + Vita-E Complex: kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.

H: ESP + Lecithin: mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.

I:ESP + OmegaGuard: kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang. Amat bagus untuk menjana IQ bayi anda.


✰✰✰ Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai? ✰✰✰

❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.

❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.

❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

❏ Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

❏ ESP sesuai untuk vegetarian.
Berminat nak order?Pm/whatapps,/call saya izza 0135053103



 
APA SEBENARNYA VITAMIN E?

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
• Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
credit to shaklee.com.my

Perbezaan Vitamin E Shaklee 
1. dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin e
2. ianya adalah vitamin e yang lengkap di pasaran dan formula terbaru mengandungi grape seed extract (biji buah anggur)
3. mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin e, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot
4. penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina
Manfaat utama :

Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain

Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Kajian pada tahun 1924, mendapat vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari, mampu meningkatkan kiraan sprema mereka. *no wonder vitamin E ni di suggestkan untuk di makan oleh para lelaki untuk kesuburan 


Anti Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. Haaaa no wonder la ramai gadis2, wanita di luar sana sangat menggemari vitamin E shaklee ni, sampai out stok di buatnya ^^

Anti oksidan yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat danberkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan. *sebab tu jika alah kepada makanan laut, gatal-gatal, elok di ambil vitamin E ni....

Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.  


Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi. 

Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. * haaa sebab tu la, kalau sesiapa yang rajin, boleh pecahkan minyak vitamin E ni, dan sapukan pada muka...dan anda tengoklah sendiri hasilnya ^^

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan bersama-sama vitamin C, A dan E untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.

ANDA BERMINAT? Pm saya dengan segera ye..atau wassapp/call/sms/line 0135053103 izza

Monday, April 8, 2013

ALAH SEMASA HAMIL

Semasa awal kehamilan rasa sakit berbanding dengan kecomelan anda pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.  Ada juga yang alah...tidak boleh memasak,mencium bau masakan dan wangian dan macam-macam lagi sementara anggota tubuh badan serasi dengan kehadiran roh baru di dalam tubuhnya. Ada juga di kalangan wanita mengalami alah ini sehinggalah tempoh kehamilan trimester ke tiga....

Mabuk kehamilan boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah. 

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan

Dua bulan lepas saya menemui rakan sekerja...setelah lama tidak berbual..saya hanya bertanya khabar dirinya. Sewaktu itu saya lihat dia seolah-olah tidak bermaya..dahulunya bukan main comel segak bergaya dengan penampilan menarik...Berisikah? Dalam hati saya..berkata...

Tidak saya sangka soalan dalam hati saya terungkai setelah dia  mengadu agak letih dan tidak bermaya pada kehamilan pertamanya itu. Lantas dier terus bertanya mengenai Shaklee yang kini saya amalkan sebagai makanan tambahan saya dan anak-anak seharian...

Saya pun bercerita kepadanya tentang produk yang saya amalkan..rakan saya itu yang agak rimas dengan situasi dirinya rupanya telah pn mengikuti perkembangan produk Shaklee dan ingin mencuba set kehamilan yang saya cadangkan untuknya...




Alhamdulillah dengan izin Allah juga selepas beberapa hari dier mengambil produk ini. Katanya kepada saya...terima kasih kak kerana telah membantunya mengatasi masalah yang dihadapi...dier kini tidak lagi berasa letih.. malah makin sihat dan cerdas dengan kerjayanya dan aktiviti seharian...sistem penghadaman seperti sembelit yang dihadapinya juga kini lebih baik...masalah bersin ataupun resdung yang teruk pada dahulunya membuatkannya kerapkali bersin setiap pagi dan waktu malam juga telah dapat diatasi...dia juga kini telah menambah kan nutrisi hariannya dengan mengambil produk meal shake yang di amalkan setiap hari..syukur alhamdulillah saya juga merasa senang hati atas perubahan pada dirinya. Semoga dia melahirkan bayi yang sihat dan selamat melahirkan zuriat pertama bagi dirinya.. semoga beroleh anak yang soleh dan solehah ya...


Apa yang perlu anda lakukan untuk membantu diri anda?

Pastinya ramai wanita cuba mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perutnya memulas. Untuk meminimumkan rasa loya anda juga boleh: 

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah.Jangan pula mengambil makanan manis anti dapat diabetes pula ya.. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari. 

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil. 

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil. 

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk  dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa termengah-mengah. 

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap atau menghisap ais kiub jika anda muntah air. 

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Rasa tertekan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk. 

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih. 

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang. 

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita. 

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan. 

Mencuba terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil. 

• Berbincanglah dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. 


This statements have not been evaluate by the Food and Drug Administration  These products are not intended to diagnose, threat, care or prevent any disease

Hubungi saya untuk pembelian product/keahlian Shaklee dan maklumat produk di:

ieza193@gmail.com

nrlieza@yahoo.som.sg

Call/whatapp:0135053103 (izza)
Salam sihat cantik menawan dari saya...
http://www.facebook.com/aqiladam.shoopelista SHAKLEE ID 908944

Wednesday, April 3, 2013

NUTRIFERON COME WITH APRIL PROMO

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:

# Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
# Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
# Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
# Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?


* Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

* Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

* Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

* Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

* 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

* Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.


Fungsi & Kebaikan NutriFeron
=================
Seperti yang kita tahu ia merupakan salah satu ‘immune booster’. Nutriferon begitu sinonim dgn demam, selesama, batuk dan resdung...namun anda juga perlu tahu nutriferon begitu banyak fungsi dan faedahnya yang lain. Jom kita baca…apa lagiii

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

~ Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

~ Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

~ Masalah Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

~ Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.



This statements have not been evaluate by the Food and Drug Administration  These products are not intended to diagnose, threat, care or prevent any disease

Hubungi saya untuk pembelian product/keahlian Shaklee dan maklumat produk di:

ieza193@gmail.com

nrlieza@yahoo.som.sg

Call/whatapp:0135053103 (izza)

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENGANDUNG?



YA ALLAH YA GHAFUR( Maha Pengampun)... Ampunilah dosaku. ALLAH YA QUDDUS ( Maha Suci)...bersihkanlah aku umpama sucinya bayi yang akan kulahirkan ini. Permudahkanlah urusanku ini, hanya Engkau yang berkuasa atas segala apa-apa yang kulalui sekarang ini. Aku berserah sepenuhnya kepadaMU..

Begitu besar RahmatNya dikurniakan kekuatan bagi setiap wanita kan. Beruntunglah jika anda di kurniakan zuriat yang ternilai harganya bagi anda sebagai bakal ibu. Itulah jua yang pernah dilalui oleh ibu-ibu kita dahulukan.

Menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah kini. Jadi sudahkah anda bersedia?



Peranan suami ketika isteri mengandung!

1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.

4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “

Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim.

Hayatilah bait-bait kata ini

Sebelum dirimu ada, ibu sentiasa berdoa kepada Ilahi agar kebahagian ibu dan ayahmu sentiasa di redhai. Saat ibu bertarung nyawa...ibu tidak peduli..biarlah pisau membelah urat-urat di badan ibu...biarlah darah melimpah-limpah..biarlah nyawa ibu jadi taruhan..namun ibu mahu anak ibu selamat dilahirkan.Kelahiranmu begitu sempurna. Letih lesu perjuangan ibu dan kesakitan serta keperitan hilang saat mendengar tangisan pertamamu anakku..Terima kasih YA ALLAH. TanpaNya kau tiada di sisi ibu.Limpahkanlah kasih sayang yang menggunung dalam jiwaku agar aku tabah mengharungi sesukaran menjadi seorang ibu..

This statementsc have not been evaluate by the FOOd and Drug Administration  These products are not intended to diagnose, threat, care or prevent any disease

Hubungi saya untuk pembelian product/keahlian Shaklee dan maklumat produk di:

ieza193@gmail.com

nrlieza@yahoo.som.sg

Call/whatapp:0135053103 (izza)
Salam sihat cantik menawan dari saya...
http://www.facebook.com/aqiladam.shoopelista SHAKLEE ID 908944


Wednesday, January 30, 2013

VITAMIN UNTUK WANITA HAMIL





Persediaan mengandung

Jika anda seorang yang amat menitik beratkan penjagaan kesihatan selama ini, gandakan lagi usaha anda jika sedang menempuh waktu-waktu kehamilan. Tidak salah untuk bersikap 'health conscious'.

• Amalkan pengambilan asid folik. Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan asid folik dengan kadar seawal 3 bulan dari tarikh perancangan mengandung. Asid folik penting untuk pertumbuhan sel yang baik pada janin anda.

• Anda juga perlu mendapat khasiat vitamin secukupnya dengan mengambil kapsul vitamin khas untuk keperluan ibu mengandung. Jika di hospital atau klinik kesihatan kerajaan, anda akan dibekalkan dengan pil vitamin B kompleks dan iron tablet (zat besi). Anda perlu disiplinkan pengambilan dan jangan culas mengambil vitamin-vitamin ini.

• Jangan lupakan vitamin C kerana ia penting untuk penyerapan zat besi secara optimum. Tanpa khasiat vitamin C, pil zat besi yang anda ambil tidak dapat diserap sepenuhnya ke dalam tubuh. Zat besi penting kerana jika kekurangannya anda akan mudah diserang anemia (kurang darah) dan mengakibatkan mual, letih, lesu dan pening sepanjang kehamilan.

• Minum susu secara kerap kerana susu mempunyai khasiat kalsium. Janin memerlukan kalsium untuk pertumbuhan yang baik pada tulangnya.

• Banyakkan makan buah-buahan untuk memastikan sistem percernaan berfungsi dengan baik
Elakkan jangkitan kuman. Bawa sebotol kecil hand sanitizer dan kerap sterilkan tangan anda untuk mengelakkan jangkitan melalui sentuhan.

• Jangan mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu. Dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil ubat sampingan, walaupun hanya sebutir panadol. Kita tidak tahu sejauh mana ubat-ubatan itu memberikan kesan kepada pertumbuhan janin. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Bertenang dan laluilah saat-saat manis sepanjang tempoh kehamilan. Bersikap positif dan InsyaAllah, kelahiran yang indah bakal anda tempuhi apabila sampai masanya nanti.

Lengkapkan nutrisi pemakanan untuk anda dan bayi anda 
Setiap ibu yang mengandung perlu mengambil nutrisi yang secukupnya untuk

SET 1ST TRIMESTER


(OSTEMATRIX,VITA LEA,VITA C & B COMPLEX)

B COMPLEX
* Asid folik penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan rahim.

* Mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi.
* Ibu memerlukan 400mg asid folik sehari.Masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro berlaku seawal seminggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.oleh itu B COMPLEX sgat penting untuk ibu hamil.

VITA C

* Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen.
* Membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan.
* Sgat penting untuk gusi dan gigi yang kuat dan sihat.
* Membantu dalam penghadaman zat
* Mempertingkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
* Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yg sangat penting untuk pembentukkan hemoglobin yg membawa oksihen dalam darah.

OSTEMATRIX
* Ibu mengandung perlukan 1500mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi yg sihat.
*Tidak mengandungi lemak.
* Jika ibu kekurangan kalsium ia akan menjejaskanpertumbuhan bayi dan penyusutan jisim tulang dan kerosakan gigi pada ibu.
* Malah ibu juga terdedah kpd risiko osteoperosis di usia tua...

VITA LEA
* Vita lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu ambil obimin.
* Penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening atau masalah anemia.



SET 2ND & 3RD TRIMESTER

( VITA LEA, B COMPLEX,VITA C, OSTEMATRIX , OMEGA GUARD )


KHASIAT OMEGA GUARD


Carilah khasiat (Fish Oil) di internet sudah tentu anda bertemu banyak sekali kebaikannya diantaranya saya kongsikan disini:

  • menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • menyokong pertumbuhan deria penglihatan bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko alahan pada bayi selepas dilahirkan
  • mengurangkan risiko kelahiran pra- matang
  • mengurangkan risiko post- partum depression di kalangan ibu
Pengambilan omega- 3 yang paling berguna iaitu EPA & DHA bukan saja penting kepada kehamilan, ianya juga menyokong perkembangan otak bayi selepas lahir, melalui ibu yang mengambil cukup bekalan omega- 3 dalam diet seharian, dan menyusukan bayi mereka. kalau tak menyusukan bayi pun, EPA & DHA penting bagi menyokong sistem saraf ibu (yang boleh semakin menurun di setiap kelahiran). 

Secara ringkas, EPA menyokong kesihatan jantung, sistem immunisasi, DHA pula menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf.

SOALNYA?

PERLUKAH IBU MENGANDUNG MENGAMBIL SUPPLEMENT?
 
Bagi saya jawapannya: YA..kerana semasa mengandung ramai ibu diluar sana mengalami alah yang teruk. Adakala tak boleh makan itu makan ini...mesti muntah dan tak kurang juga yang nak masak di dapurpun tidak mampu. Badan terasa lemah nk rehat je...orang memasak didapur...cium bau pun x boleh rasa nk marah je. Tidak kurang juga yang memilih makanan. Justeru itu bagi kategori wanita ini mereka amat memerlukan supplement untuk melengkapkan nutrisi pemakanan setiap hari. I a bukan sahaja penting untuk pertumbuhan bayi anda tetapi juga untuk diri anda sendiri.


These statements have not been evaluated by the food and drug administrations. these products are not intended to diagnose, cure, or prevent any diseases. consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements. 
 
Salam sihat bersama SHAKLEE 
 
untuk maklumat lanjut dan pembelian serta konsultansi produk hubungi saya: di http://www.facebook.com/aqiladam.shoopelista atau 0135053103 (izza) SHAKLEE ID 908944
 

Monday, January 28, 2013


Kurus Tidak Semestinya Sihat 

Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.

Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk.Menurut data yang diperoleh daripada kajian, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting.Daripada kajian 800 responden, didapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'.Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

JOM KITA AMALKAN DIET SECARA SIHAT

Amalkan pemakanan yang seimbang setiap hari membolehkan anda kurus dan juga sihat. Selain daripada pemakanan anda pastikan juga anda tidak ketinggalan melakukan senaman. Bergerak aktif sperti menaiki tangga dan berjalan laju setiap hari juga membantu anda menguatkan jantung. Pastikan hujung minggu anda diisi dengan beriadah bersama anak-anak, kawan dan keluarga untuk menjadikan aktiviti senaman adalah rutin harian. Disamping itu juga kepentingan untuk beriadah dapat di terapkan dalam setiap individu agar mereka sedar bertapa pentingnya senaman untuk menjamin kesihatan berpanjangan. Ialah penyakit itu dari Allah.... itu tidak dinafikan tetapi sejauh manakah kita sedar dan mengambil inisiatif untuk mencari alternatif lain bagi memperbaiki dan mengelakkannya untuk kehidupan kita yang lebih baik.

Adakah anda bukan pengamal cara hidup sihat?

Jom kita pergi joging nak tak petang ni? Jwb: Alaa i sibuk la balik rumah nak kena masak nk tgk anak i lagi si baby tu. Then rumah pun bersepah la..Lain kali la ye...itulah biasanya jawapan yang biasa kita dengar dari rakan-rakan kan? Bagi yang lelaki pula. Jom kita pergi main badmintoon nak tak hujung minggu ni? Err sorry la bro aku dah janji dengan wife aku la nk balik kampung ade kenduri kt kampung dier..ataupun hmm aku x bleh la nak rehat je kt rumah letih sangat la kije minggu ni. Itu ayat paling biasa. Bukan tujuan saya untuk menunding jari kepada mana-mana pihak ataupun sesiapa namun hakikatnya itulah juga yang saya alami sendiri. Kesibukan kerja dan aktiviti harian membuatkan kita tidak sempat memenuhi cara gaya hidup sihat setiap hari. Bahkan anak-anak kita lebih banyak meluangkan masa mereka disekolah..taska dan tempat asuhan lebih lama berbanding duduk bersama-sama dengan kita dirumah.

Begitu juga dengan tabiat pemakanan. Bukan sahaja anak-anak malah kita sendiri adakalanya terlepas pandang tentang makanan seimbang. Kalut dengan kerja misalnya..ahhh beli je la ape yang ade dijual berdekatan tempat kerja contohnya nasi lemak, roti canai mee goreng dan sebagainya. Bukan itu sahaja kadangkala makanan ini juga kita ambil di waktu makan tengahari..betulkan?

Justeru itulah disini makanan tambahan amat diperlukan bagi melengkapkan nutrisi makanan anda dan keluarga. Bukan ia bermakna ia adalah jalan mudah untuk mengatasi semua masalah pemakanan anda tetapi ia sebagai satu inisiatif yang boleh diambil untuk keperluan pemakanan. Cuba anda perhatikan ramaikah dikalangan anak-anak anda, remaja dan masyarakat yang suka kepada sayuran..Ada...tapi jumlahnya amat sedikit. Betul x?

Kini terlalu banyak produk mengeluarkan makanan tambahan. Namun saya ingatkan kepada anda dan diri saya sendiri agar mengenal produk tersebut terlebih dahulu. Pastikan ia  adalah di proses secara semulajadi tiada bahan kimia, halal bg yang beragama islam dan sudah tentunya selidiki kandungan yang terdapat dalam produk itu apa? Shaklee adalah salah satu makanan tambahan yang boleh anda amalkan untuk kehidupan anda. Banyak testimoni,konsultansi dan keberkesanan produknya yang telah terbukti amat baik untuk kesihatan anda. Saya juga adalah pengguna tetap produk tersebut. Alhamdullillah dengan izin Allah juga saya dapt merasakan kelebihan makanan tambahan ini. Ingin mencuba produk ini? Hubungilah saya seperti tertera di bawah ini:

SALAM SIHAT BERSAMA SHAKLEE
DARI:http://www.facebook.com/aqiladam.shoopelista SHAKLEE ID 908944. Hubungi saya untuk pembelian dan konsultansi produk di 0135053103 (izza)




Tuesday, January 22, 2013

MENDIDIK ANAK BERMULA SEMASA BAYI?





Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri. 

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)

Salam ceria dan semoga anda dipermudahkan menguruskan segala urusan kehidupan. Hidup sihat keluarga bahagia